fb fb fb fb fb

Kim Le Court cipta sejarah juarai perlumbaan Liege-Bastogne-Liege Wanita

FOTO AFP

LIEGE, 28 April- Pelumba dari Mauritius, Kim Le Court, mencipta kejutan pada Ahad dengan menjadi pelumba Afrika pertama yang memenangi perlumbaan wanita Liege-Bastogne-Liege.

Pelumba berusia 29 tahun dari AG Insurance-Soudal itu meraih kemenangan terbesar dalam kerjayanya dengan menewaskan pasangan Belanda, Puck Pieterse dan Demi Vollering dalam sprint empat hala, dengan pelumba Perancis, Cedrine Kerbaol, gagal menduduki tempat di podium.

"Saya tidak percaya ini berlaku. Di Cote de La Roche-aux-Faucons (13km dari garisan penamat), saya sudah keletihan," kata Le Court.

Le Court turut mencatatkan prestasi cemerlang dalam musim klasik, menduduki tempat kelima dalam Milan-San Remo dan Tour of Flanders.

Juara dunia Lotte Kopecky, yang dianggap sebagai pilihan utama dalam edisi perlumbaan ke-9 ini, mengawal pecutan dari kumpulan pemburu untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE