fb fb fb fb fb

Sabah belum putuskan kesebelasan utama mungkin tambah pemain import

KOTA KINABALU, 6 Februari - Sabah FC masih belum memutuskan kesebelasan utama pasukan yang akan diketengahkan pada musim ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee, berkata masih terlalu awal untuk membuat pemilihan.

Beliau mengakui skuad Sang Badak memerlukan gandingan pemain yang benar-benar mantap berikutan jadual padat termasuk perlu beraksi dalam kejohanan Piala AFC.

"Secara keseluruhan masih lagi terlalu awal untuk mengenal pasti kesebelasan utama dalam pasukan Sabah FC.

"Tetapi dengan apa yang kita akan lalui pada musim ini terutamanya banyak perlawanan liga, Piala Malaysia, Piala FA dan termasuk Piala AFC, " kata Kim Swee.

(Pemain Sabah FC/FOTO Facebook Sabah FC)

Bagi mengukuhkan lagi pasukan, beliau turut menyuarakan hasrat untuk menambah slot pemain import.

Perkara itu akan dibincangkan bersama pihak pengurusan Sabah FC untuk memohon kelulusan dalam tempoh terdekat.

Pemain Sabah FC menjalani kem latihan pra-musim di Thailand sejak akhir bulan lalu sebagai persediaan sebelum memasuki aksi Liga Super 2023 akhir bulan ini.

Menurut Datuk Kim Swee beliau berpuas hati dengan sesi berkenaan dan semua pemain diberikan peluang untuk beraksi.

Sabah akan bertemu PDRM FC pada perlawanan pertama Liga Super 2023 pada 25 Februari ini.

Media Baharu