ISTANBUL, 7 Februari- Bekas pemain sayap Chelsea dan Newcastle, Christian Atsu dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan gempa bumi yang melanda Turkiye.
Pasukan penyelamat dipercayai bertungkus lumus mencari bintang Ghana itu yang terperangkap dalam runtuhan pertama berskala 7.8 magnitud sebelum runtuhan kedua berskala 7.5 magnitud berlaku beberapa jam selepas itu.
Atsu 31, bermain buat kelab Hatayspor yang merupakan kelab utama di Hatay salah satu bandar yang terjejas teruk akibat gempa bumi tersebut.
Atsu dipercayai berada di apartmen bersama isteri dan tiga orang anaknya sebelum bangunan tersebut runtuh.
Beberapa rakan sepasukannya yang turut mendiami bangunan itu berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.
Naib Presiden Hatayspor, Mustapha Ozat dalam satu kenyataan berkata Atsu dilaporkan terperangkap dibawah runtuhan bersama-sama Pengarah sukan kelab tersebut, Taner Savut.
Atsu sebelum ini menjadi nadi buat skuad Newcastle yang kembali ke Liga Perdana Inggeris pada 2017 setelah menyertai kelab itu menerusi pinjaman dari Chelsea.
Sepanjang di 'Magpies', Atsu berjaya membuat 121 penampilan sebelum menyertai Hatayspor pada 2021.-thesun.co.uk
(Pemain Ghana dan Hatayspor, Christian Atsu/ FOTO FB OfficialChristianAtsu)