fb fb fb fb fb

Misi raih 1 emas Skuad Tempuh Halangan Malaysia pada Sukan SEA 2023

PETALING JAYA, 7 Februari- Pengurus Pasukan Tempuh Halangan Andrew Chiu Jing yakin untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Sea 2023 di Kemboja Mei ini.

Perkara itu tidak mustahil untuk pasukan negara selepas melihat perkembangan barisan atlet negara selain telah mempamerkan prestasi yang baik dalam semua kejohanan disertai.

"Pada tahun ini kita target untuk dapatkan dua perak dan dua gangsa. Tetapi kita punyai atlet ada potensi untuk mendapatkan emas pada tahun ini," katanya di sini.

Dalam pada itu, jurulatih pasukan negara Wong Hui Vern turut yakin Malaysia mampu meraih pingat emas di Kemboja sekali gus memperbaiki pencapaian pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

"Kita ada lagi tiga bulan dari sekarang kalau untuk analisis. Kita berlatih 50% sahaja belum lagi pada tahap maksimum, bagaimanapun sekiranya latihan ini dilakukan mereka semua akan dapat pengalaman, simulasi dan pencapaian akan meningkat," katanya kepada pemberita.

Sebanyak 4 acara bagi saingan tersebut dipertandingkan iaitu individu lelaki, individu wanita, berganti-ganti lelaki dan berganti-ganti wanita dan kem negara dijangka menghantar 10 atlet untuk acara tempuh halangan pada edisi kali ini.

Manakala bagi sandaran utama pingat emas, Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali sebagai Mat Redho berkata, "ini merupakan peluang terbaik untuk saya merangkul pingat emas pertama negara dalam sukan tempuh halangan.

"Sebelum ini di Filipina saya dapat tiga pingat perak. Tetapi kali ini kita target lebih tinggi, jadi kita harap ada sinar harapan untuk negara untuk Sukan SEA Kemboja," katanya.

Sebagai antara persediaan ke Kemboja, Mat Redho juga telah menyusun jadual kejohanan yang akan disertai sebagai pemanas badan.

Terbaharu, dia muncul naib juara dalam satu kejohanan di Guam, Amerika Syarikat.


(Wong Hui Vern)

 

Media Baharu