fb fb fb fb fb

Sabah bangkit benam PJ City

(Pemain PJ City FC Darren Yee Deng Lok (kiri) cuba berebut bola dengan pemain Sabah FC
Gerald Gadit pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2022/BERNAMA)

PETALING JAYA, 27 Julai- Sabah berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Petaling Jaya (PJ) City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Sabah yang turun tanpa beberapa tonggak utama termasuk kapten, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali tampak bergelut pada babak pertama dengan PJ City dilihat lebih banyak melakukan serangan berbahaya.

Selepas setengah jam permainan berlangsung, Darren Lok berjaya meletakkan PJ City di depan selepas penyerang kebangsaan itu menanduk masuk bola sepakan sudut V Ruventhiran pada minit ke-34.


(Pemain PJ City FC Darren Yee Deng Lok (kanan) cuba menanduk bola sambil diasak oleh pemain 
Sabah FC 
Gerald Gadit pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2022/BERNAMA)

Sabah berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Taiki Kagayama yang melakukan tindakan susulan selepas percubaan Nazirul Naim Che Hashim diselamatkan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz pada minit ke-48.

Tindakan jurulatih Sabah, Ong Kim Swee membawa masuk Irfan Fazail juga berhasil apabila dia bijak menampan masuk bola hantaran seorang lagi pemain gantian, Maxsius Musa pada minit ke-75, sekali gus menjadi gol kemenangan Sabah.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah terus mengejar pendahulu, Johor Darul Takzim (JDT) dengan mengumpul 28 mata, hanya satu mata di belakang Harimau Selatan.

Ong Kim swee juga berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun tanpa pemain bintang masih berjaya membawa pulang tiga mata penuh.

"Pemain muka baru yang diturunkan menunjukan persembahan yang memberangsangkan mereka membuktikan walaupun tidak bermain terlalu lama tetapi mempunyai kesungguhan jadi sikap atau pun mentaliti yang kita perlukan untuk setiap pemain Sabah FC yang mempunyai keupayaan dimana mereka boleh melakukan dengan lebih baik hari ini terbukti dengan kesungguhan serta mengikut apa perancangan kita dan berjaya melakukan tanpa pemain tonggak," katanya.

Media Baharu