fb fb fb fb fb

Rune juara Terbuka Stockholm, tewaskan Tsitsipas

STOCKHOLM, 24 Oktober- Pemain Denmark, Holger Rune mencipta sensasi apabila menewaskan pemain pilihan, Stefanos Tsitsipas dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Stockholm.

Rune muncul juara selepas menang dengan keputusan 6-4, 6-4.

Kejayaannya dianggap sesuatu yang mengejutkan terutama apabila tidak berdepan masalah besar menewaskan juara edisi 2018 itu.

Rune hanya memerlukan satu jam 35 minit untuk menundukkan Tsitsipas.

Ia gelaran Jelajah ATP kedua dalam kariernya sebagai pemain tenis profesional.

(Rune muncul juara selepas menang dengan keputusan 6-4, 6-4)

Media Baharu