OHIO, 10 Ogos – Pemain pilihan utama dari Belarus, Aryna Sabalenka memulakan misi mempertahankan gelaran Terbuka Cincinnati dengan kemenangan 7-5, 6-1 ke atas Marketa Vondrousova dari Republik Czech, di sini hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu memanfaatkan ketiga-tiga peluang break point yang dimilikinya sambil menggagalkan kesemua 12 peluang break point lawannya.
Sabalenka seterusnya akan berdepan pemain Britain, Emma Raducanu, yang terdahulu menewaskan Olga Danilovic dari Serbia 6-3, 6-2.
Sementara itu, pilihan keenam Madison Keys bangkit selepas menyelamatkan dua mata kemenangan untuk menewaskan pemain Jerman, Eva Lys, 1-6, 6-3, 7-6(1) dalam aksi pusingan kedua.
Madison Keys / Foto AFP
Keys ketinggalan 0-3 pada set penentuan dan gagal menamatkan perlawanan ketika berpeluang berbuat demikian pada kedudukan 5-4.
Namun, beliau memaksa permainan ke penentuan tie-break selepas menyelamatkan mata kemenangan lawan, sebelum menguasainya sepenuhnya dan menutup perlawanan dengan 12 servis ace berbanding sifar milik Lys.
Pada pusingan ketiga Isnin iini, Keys akan bertemu wakil Jepun, Aoi Ito, yang mencipta kejutan dengan menyingkirkan pilihan ke-27 dari Rusia, Anastasia Pavlyuchenkova, 6-1, 4-6, 6-4. -REUTERS