fb fb fb fb fb

Verstappen ungguli F1 Grand Prix Amerika Syarikat

(Pelumba Red Bull, Max Verstappen mengungguli aksi perlumbaan saingan Formula Satu (F1)
Grand Prix Amerika Syarikat/ AFP)

TEXAS, 24 Oktober - Pelumba Red Bull, Max Verstappen mengungguli aksi perlumbaan saingan Formula Satu (F1) Grand Prix Amerika Syarikat dan sekali gus membolehkan pasukannya meraih gelaran Pengeluar F1 pada musim ini

Kali terakhir Red Bull muncul juara pengeluar ialah pada tahun 2013.

Biarpun saingan masih berbaki tiga perlumbaan lagi namun jumlah mata yang telah dikumpul pasukan itu sukar untuk dipintas oleh pencabar mereka.


(Pelumba Red Bull, Max Verstappen mengungguli aksi perlumbaan saingan Formula Satu (F1)
Grand Prix Amerika Syarikat)

Dalam aksi Grand Prix Amerika Syarikat menyaksikan Verstappen yang bermula di petak kedua berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 42 minit 11.687 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Mercedes, Lewis Hamilton yang ketinggalan 5.023 saat di belakang pendahulu manakala Charles Leclerc daripada pasukan Ferrari melengkapkan podium di tempat ketiga.

Kejayaan Red Bull itu juga membolehkan pasukan itu menamatkan dominasi lapan musim berturut-turut Mercedes dalam saingan F1.

Media Baharu