fb fb fb fb fb

MAM puas hati penganjuran MotoGP Malaysia 2022

(Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir ditemu bual media
selepas selesai menyaksikan perlumbaan Petronas MotoGP Malaysia 2022)

SEPANG, 24 Oktober - Presiden Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir berpuas hati diatas penganjuran Kejuaraan Dunia Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Beliau turut gembira dengan peningkatan mendadak penonton setelah dua tahun ia tidak dianjurkan.

"Saya amat berpuas hati tahun ini penganjuran MotoGP di Petronas MotoGP tahun ini selepas dua tahun kita tidak dapat melihat pelumba MotoGP di sini, memang sangat-sangat mengujakan lah kalau dibandingkan dengan tahun 2019, lebih ramai orang pada tahun ini daripada tahun 2019, jadi amat berpuas hati," kata beliau ketika ditemui selepas selesai menyaksikan perlumbaan Petronas MotoGP Malaysia 2022 di sini, pada Ahad.


(Foto fail)

Dalam pada itu, Mokhzani mengharapkan dengan kejayaan penganjuran program berkenaan pada kali ini, akan membawa lebih banyak penajaan dari pihak luar dalam pelbagai bentuk sukan permotoran di Malaysia.

Kejuaraan MotoGP Malaysia 2022 menutup tirainya semalam, dengan jumlah penonton yang hadir ke SIC melebihi 163,000 orang, menghampiri sasaran 170,000 penonton.

Media Baharu