fb fb fb fb fb

Piala Sudirman 2025: Jun Hao tampil aksi bertenaga bertemu Jepun

Foto AFP

XIAMEN, 1 Mei - Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengakui menampilkan aksi bertenaga ketika menewaskan pemain pilihan Jepun, Kodai Naraoka dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Piala Sudirman 2025.

Beliau turut mengakui kemenangan itu diraih hasil perancangan taktikal yang teliti.

“Kemenangan ini bukan sesuatu yang mudah, ia memerlukan strategi yang jelas dan persediaan rapi,” ujarnya.

Jun Hao, yang kini menghuni ranking ke-26 dunia, mengekalkan reputasi sebagai 'pembunuh gergasi' selepas menundukkan pemain di ranking kelapan dunia itu dengan keputusan 21-8, 13-21, 21-18.

Namun, kemenangan itu tidak mampu mengubah nasib skuad negara yang terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-3 kepada Jepun, sekali gus mara ke suku akhir sebagai naib johan kumpulan.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berpuas hati apabila berjaya menyumbangkan satu mata buat skuad negara, ketika berdepan Jepun.

"Kami berharap supaya skuad badminton negara akan terus menampilkan prestasi terbaik di peringkat suku akhir nanti," katanya.

Malaysia menewaskan Perancis 5-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C sebelum menundukkan Australia 4-1 pada aksi kedua.

Undian suku akhir Piala Sudirman 2025 akan berlangsung selepas semua perlawanan peringkat kumpulan tamat hari ini.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello