(FOTO INSTAGRAM SOH WAI CHING)
LONDON, 24 Oktober - Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching terus menempa nama di peringkat antarabangsa selepas muncul juara RNLI Tower Run di bangunan 22 Bishopsgate, London.
Atlet negara berusia 28 tahun itu, menamatkan larian setinggi 56 tingkat dan 1,436 anak tangga dengan catatan masa 6 minit 52 saat.
Kejayaan itu sekali gus memadam rekod lama 9 minit 13 saat dicatatkan pelari Great Britain, Daniel Joyce.
(Foto Instagram Soh Wai Ching)
Kejohanan larian tangga paling mencabar dan sukar di Great Britain itu disertai lebih 150 peserta seluruh dunia.
Ini adalah kejayaan kelima diraih beliau dalam tempoh dua bulan termasuk ketika mempertahankan kejuaraan Empire State Building Run-Up (ESBRU) di New York.
Wai Ching turut menguasai Larian Menara US Bank di Los Angeles, larian menara Space Needle, Seattle dan Tunnel to Towers Climb di Tampa, Florida.