(Penjaga gol Malaysia Amir Muhaimin hanya mampu melihat bola melepasi
gol cubaan daripada paemain Australia Cooper Burns pada
Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya malam tadi/FOTO BERNAMA)
JOHOR BAHRU, 24 Oktober - Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Muhammad Amin Rahim tetap memuji barisan pemainnya terutama ketika aksi separuh masa pertama biarpun tewas dengan jaringan besar menentang Australia semalam.
Pasukan hoki remaja semalam gagal menundukkan pasukan Australia dalam saingan Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10.
"Daripada segi taktikal kita dah merancang sesuatu untuk pemain tengah membuat serangan balas , manakala pemain terpaksa bergelut untuk bersaing atas faktor saiz fizikal.
"Tapi saya akan melihat semula rakaman video permainan malam tadi dan menganalisis dimanakah kelemahan yang boleh pasukan perbaiki," katanya kepada pemberita di sini.
(Pemain Australia meraikan jaringan ketika menentang pasukan Malaysia
pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC)
di Stadium Hoki Taman Daya malam Ahad/FOTO BERNAMA)
Amin turut mengharapkan pemain dapat bangkit pada aksi ketiga esok yang akan menentang Afrika Selatan.
Peluang rehat sehari akan digunakan sebaik mungkin untuk pemain pulih semula dan bersedia untuk aksi seterusnya.
Semalam, Malaysia terus berputih mata selepas gagal meraih sebarang mata apabila dikecewakan 0-8 kepada Australia yang berpesta gol pada perlawanan hari kedua SOJC di Stadium Hoki Taman Daya.
Perlawanan akan bersambung pada Selasa dengan Great Britain bertemu Australia; Jepun berdepan India dan tuan rumah menentang Afrika Selatan.