fb fb fb fb fb

22 guru sertai program 'Futsal Circuit'

'Futsal Circuit' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (1) Putrajaya

PUTRAJAYA, 1 Mei - Seramai 22 guru daripada beberapa sekolah sekitar Putrajaya menyertai program pengenalan sukan futsal anjuran 'Futsal Circuit' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (1), di sini.

Ketua Jurulatihnya, Mohd Shah berkata, program bertujuan memberi pendedahan kepada para guru tentang asas permainan futsal, selain memahami peranan mereka dalam membantu membangunkan sukan berkenaan di peringkat sekolah.

"Futsal circuit ini bermatlamat menjadikan futsal sebagai sukan teras untuk setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ia memandangkan sukan ini diminati ramai anak-anak muda dan dimainkan sejak tahun 2000.

Sehubungan itu, adalah munasabah agar futsal dijadikan sebagai sukan teras," katanya.

Menurut beliau, Putrajaya dipilih sebagai lokasi permulaan bagi siri jelajah 'Futsal Circuit' ke seluruh negara sebelum diteruskan ke negeri lain bagi memperkenalkan pendekatan sama kepada sekolah yang berminat.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello