fb fb fb fb fb

Rune lakar kemenangan, Musetti dan Ruud tersingkir di Terbuka Cincinnati

Holger Rune / Foto AFP

OHIO, 10 Ogos – Pemain pilihan ketujuh, Holger Rune mara ke pusingan ketiga Terbuka Cincinnati selepas menewaskan wakil Rusia, Roman Safiullin, dalam dua set straight 7-5, 7-6(5) pada aksi Sabtu.

Dalam pada itu, dua pemain pilihan lain menjadi mangsa penyingkiran awal.

1008 SKN LNR TENNIS CINCINNATI HOLGER 2Roman Safiullin / Foto AFP

Pilihan kelapan dari Itali, Lorenzo Musetti, tunduk 5-7, 6-4, 6-7(4) kepada pemain Perancis, Benjamin Bonzi.

Seorang lagi wakil Perancis, Arthur Rinderknech, turut mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan ke-11, Casper Ruud, 6-7(5), 6-4, 6-2 untuk melangkah ke pusingan seterusnya. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN