fb fb fb fb fb

Ruben Guerreiro juara keseluruhan berbasikal Jelajah Arab Saudi

(FOTO AFP)

AIULA OLD TOWN, 4 Februari-Pelumba Movistar, Ruben Guerreiro muncul pemenang keseluruhan, sekaligus memberikan kejuaraan pertama buat pasukan baharunya itu dalam kalendar 2023.

Penunggang asal Portugal itu menamatkan perlumbaan peringkat kelima yang juga terakhir di kedudukan ke-16 semalam.

Namun kejayaan menawan laluan peringkat keempat pada Khamis memberinya kelebihan untuk mendahului kutipan mata keseluruhan.

Tempat kedua keseluruhan dimenagi pelumba UAE Team Emirates, Davide Formolo diikuti Santiago Sanchez dari pasukan Bahrain Victorious ketiga.

Laluan peringkat kelima melibatkan jarak sejauh 143 kilometer bermula dari Aiula Old Town ke Maraya pula dimenangi Simone Consonni dari pasukan Cofidis.

Consonni berjaya melakukan pecutan pada 300 meter terakhir untuk melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam, 10 minit dan 13 saat-AFP


(Pelumba Movistar, Ruben Guerreiro juara keseluruhan berbasikal Jelajah Arab Saudi
/FOTO AFP)

Media Baharu