fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024: Larian Obor bemula di Marseille

(FOTO AFP)

MARSEILLE, 4 Februari-Larian obor sempena Temasya Olimpik Paris 2024 akan bermula di Marseille pada April 2024.

Perkara itu diumumkan ketua jawatankuasa penganjur, Tony Estanguet

Menurut beliau, pemilihan bandar pelabuhan itu amat tepat kerana ia memiliki ciri-ciri yang bertepatan dengan temasya berkenaan iaitu popular, meriah dan berbilang budaya.

Obor berkenaan akan dibawa dari Greece ke Marseille merentasi Laut Mediterranean menggunakan kapal layar bertiang tiga.

Ia kemudian akan dibawa menjelajah seluruh Perancis selama tiga bulan sebelum tiba di Paris untuk acara pembukaan pada 26 Julai 2024.

Jelas Estanguet, lokasi larian obor akan diumumkan pada Mei depan.

Temasya sukan musim panas terbesar di dunia itu kembali ke Paris selepas kali terakhir ia menjadi tuan rumah 100 tahun lalu.

Marseille turut akan menjadi venue beberapa acara sukan termasuk bola sepak dan sukan pelayaran-AFP


(Larian Obor Paris bakal bermula di bandar Marseille, Perancis/FOTO AFP)

Media Baharu