fb fb fb fb fb

IPD Serdang anjur E-Sukan buat warganya

(FOTO RTM)

SHAH ALAM, 4 Februari-Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang julung kalinya menganjurkan Kejohanan E-Sports Piala Ketua Polis Selangor khas buat anggota dan pegawai polis di Selangor.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, kejohanan ini diadakan bertujuan memilih peserta bagi mewakili Kontinjen Selangor ke Kejohanan Sukan E-Sport Piala Ketua Polis Negara.

Tambah beliau, kejohanan digital seperti ini juga merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan warga PRDM.

"Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan peserta dan menguji bakat mereka dalam permainan ini", katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan E-Sports Piala Ketua Polis Selangor di IPK Selangor.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Februari 2023 ini melibatkan penyertaan dari 17 pasukan.

Tiga kategori permainan E-sports yang dipertandingkan iaitu Mobile Legend, Fifa 2023 dan PUB-G.


(Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi/ FOTO RTM)

Media Baharu