fb fb fb fb fb

Jangan 'koyakkan' mental Zii Jia, sokongan moral peminat, kembalikan rentak -Rashid Sidek

(Datuk Rashid Sidek)

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpendapat, tiada guna untuk terus mengecam pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia yang berdepan kemerosotan prestasi dalam beberapa kejohanan musim ini.

Sebaliknya, beliau berkata sudah tiba masanya untuk peminat sukan tanah air membalas jasa Zii Jia dengan menzahirkan sokongan moral kepadanya bagi mengembalikan semula rentak sebenar pemain ranking keempat dunia tersebut.

Katanya, motivasi daripada peminat sukan negara,sememangnya diperlukan Zii Jia, namun dalam masa sama pemain itu juga perlu mencari jalan untuk meningkatkan tahap permainannya.

"Zii Jia perlu ada perancangan dan pasukan yang bagus untuk mengenal pasti kelemahannya, di samping meningkatkan prestasi permainan yang lebih bagus dan kemas.

Dalam pada itu Rashid menasihatkan agar Zii Jia mendapatkan khidmat seorang jurulatih bagi memperbaiki perestasinya pada tahap terbaik selepas kemerosotan sejak kebelakangan ini.

"Bagi saya setiap pemain perlu ada jurulatih dan pasukan yang bagus kerana ia dapat meningkatkan keupayaan fizikal serta mental pemain. Zii Jia hanya perlu fokus kepada bermain sahaja.

"Mahu jadi pemain bertaraf tinggi kena ada latihan yang keras, jurulatih dan pasukan akan merencana persiapan terbaik buatnya.


(Lee Zii Jia/BERNAMA)

"Yang penting ada pihak boleh beri dia semangat untuk terus kekal bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program amal, di sini.

Bekas Juara All England itu sebelum ini mengalami penurunan ranking dunia apabila jatuh dua anak tangga ke kedudukan keempat berdasarkan ranking terkini dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ketiadaan jurulatih di samping Zii Jia selepas berpisah dengan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya, November tahun lepas ternyata memberikan impak kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Media Baharu