fb fb fb fb fb

Pendakwa raya gesa Achraf Hakimi hadapi perbicaraan rogol

Achraf Hakimi

NANTERRE, 2 Ogos- Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi digesa untuk menghadapi perbicaraan atas dakwaan merogol seorang wanita pada 2023.

Pendakwa raya Perancis memberitahu, mereka telah meminta hakim merujuk kes itu ke mahkamah jenayah.

“Kini terpulang kepada majistret penyiasat untuk membuat keputusan dalam rangka perintahnya,” kata pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Hakimi, 26, memainkan peranan utama PSG merangkul kejuaraan Liga Juara Eropah pertama mereka, pada Mei lalu.

Pemain antarabangsa Maghribi itu didakwa pada Mac 2023 kerana merogol seorang wanita berusia 24 tahun.

Bagaimanapun, dia menafikan pertuduhan tersebut.

Hakimi didakwa membayar penuduh untuk pergi ke rumahnya pada 25 Februari 2023, di pinggir bandar Paris Boulogne-Billancourt manakala isteri dan anak-anaknya pergi bercuti. -AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello