fb fb fb fb fb

Son Heung-min tinggalkan Spurs pada musim panas ini

Son Heung-min

SEOUL, 2 Ogos- Ketua pasukan Tottenham, Son Heung-min menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini selepas sedekad di utara London.

Penyerang berusia 33 tahun itu menyertai pasukan Liga Perdana dari Bayer Leverkusen pada 2015 dan bermain lebih daripada 450 kali untuk Spurs.

Pada Mei lalu, Son menjulang trofi Liga Europa tetapi dia mengharungi musim yang buruk secara keseluruhan dan bergelut dengan kecederaan.

"Saya ingin mengatakan bahawa saya telah memutuskan untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

"Secara hormatnya kelab telah membantu saya dengan keputusan ini," kata pemain Korea Selatan itu kepada pemberita di Seoul ketika Tottenham sedang dalam jelajah pramusim.

Son, yang telah menjaringkan 173 gol untuk Spurs, tidak menyebut destinasi kelab seterusnya.

"Ia adalah keputusan paling sukar yang saya buat dalam karier saya. Kenangan yang menakjubkan. Sangat sukar untuk membuat keputusan itu.

"Saya perlukan persekitaran baharu untuk mendorong diri saya. Saya perlukan sedikit perubahan, 10 tahun adalah masa yang lama.

"Saya datang ke utara London ketika berumur 23 tahun, usia yang begitu muda. Saya meninggalkan kelab ini sebagai lelaki dewasa, saya sangat bangga," katanya.

Sementara itu, Pengurus pasukan Thomas Frank, yang menyertai Spurs dari Brentford, memberi penghormatan kepada ketua pasukan Korea Selatan itu.

“Bagi saya, secara peribadi, saya sangat suka bekerja dengan orang dan pemain yang hebat ini.

“Dia adalah legenda sebenar Spurs dalam setiap aspek, salah seorang pemain terhebat untuk bermain dalam Liga Perdana," katanya.

Spurs dijadual menentang Newcastle United pada Ahad di Seoul. -AFP

-AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello