KANGAR, 3 Ogos - Perlis GSA FC dan Kedah FA seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama dalam saingan Liga A1 Semi Pro 2025-2026 yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra di sini malam tadi.
Walaupun tidak mempunyai barisan pemain import, Perlis GSA FC mampu mempertahankan gawang gol selaku pasukan tuan rumah.
Pada separuh masa pertama, Kedah FA agresif dengan beberapa percubaan termasuk satu percubaan pada minit ke-12 yang hampir memberikan mata.
Bagimanapun bola hanya singgah pada tiang gawang gol Perlis GSA FC.
Pada minit ke-34, perlis GSA FC terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain no. 8 Nasri Thauhid dilayangkan kad merah.
Memasuki babak kedua perlawanan, asakan semakin kuat dari kedua-dua pasukan.
Permainan terpaksa diberhentikan seketika selepas berlaku sedikit pergaduhan kecil namun berjaya dikawal pengadil perlawanan.
Akibatnya dua pemain masing masing penjaga gol Perlis GSA FC dan pemain Kedah FA dilayangkan kad kuning.
Bersambung permainan, beberapa percubaan dilakukan kedua-dua pasukan namun tidak membuahkan jaringan hingga tamat perlawanan.