fb fb fb fb fb

Sukan SEA Kemboja: Mat Redho sandaran MORSA raih pingat emas

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 4 Februari-Persatuan Sukan Tempuh Halangan Malaysia (MORSA) masih meletakkan sandaran pingat emas kepada atlet sukan esktrem negara Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho di Sukan SEA Kemboja 2023.

Namun menurut Presiden MORSA Alex Cheah, untuk edisi kali ini, atlet itu hanya akan menyertai satu acara individu berbanding tiga semasa temasya di Filipina.

"Sukan SEA kali ini, kita akan tumpukan pada acara penting. Kita ada atlet dalam pelbagai acara. Kita tewas pada Sukan SEA lepas kerana Mat Redho kena bertanding pada acara individu dan pasukan", katanya kepada media.

Pada temasya di Hanoi tahun lalu, Malaysia membawa pulang tiga pingat perak dan satu gangsa.

MORSA telah menyenaraikan lapan nama antaranya William Yoong Wei Theng, Muhamad Adib Nor Akhsan dan beberapa muka baharu.

Edisi di Kemboja kali ini menawarkan 4 acara iaitu individu lelaki, individu wanita, berganti-ganti lelaki dan berganti-ganti wanita.



(Presiden MORSA Alex Cheah/FOTO RTM)

Media Baharu