fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Chelsea sekadar seri menentang Fulham

(FOTO AFP)

LONDON, 4 Februari-Chelsea masih gagal mencipta kemenangan selepas dipaksa seri oleh Fulham 0-0 dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge semalam.

Tuan rumah, Chelsea yang turun dengan deretan bintang seperti Enzo Fernandez mengharapkan kemenangan dalam pertemuan ini.

Bintang termahal Chelsea, Enzo Fernandez membuat penampilan pertamanya setelah memecahkan rekod pembelian termahal dengan harga $107 juta Pound Sterling dari Benfica pada jendela perpidahan minggu lalu.

Mykhailo Mudryk, Noni Madueke dan David Datro Fofana turut diberi peluang membuat penampilan oleh Graham Potter.

Keputusan seri meletakkan Chelsea di tangga kesembilan sekaligus menyukarkan misi ke Liga Juara musim depan.

Pengurus Chelsea, Graham Potter meminta agar penyokong-penyokong kelab berkenaan agar memberi pemain-pemain baharu sedikit masa bagi mengadaptasi gaya dan corak permainan pasukan tersebut.

"Pemain baharu ditandatangani perlu sedikit masa bagi menyesuaikan diri di liga dan negara baharu. Perkara ini adalah sesuatu yang biasa dalam perniagaan bila harga pembelian menjadi persoalan", ujarnya.

"Chelsea kini mempunyai sekumpulan pemain yang hebat. Paling penting adalah bagaimana untuk bermain bersama-sama. Itu adalah tugas utama pasukan kini", tambah Potter.

Disebalik keputusan seri, persembahan yang ditunjukan oleh pemain-pemain baharu seperti Fernandez menyakinkan penyokong dan pengurusan Chelsea.

Fernandez hampir-hampir menemui gol sulung pada separuh masa kedua namun sepakan lencongnya di sebelah kiri gol Fulham tersasar sedikit.

Chelsea yang hanya mempunyai tiga percubaan sepanjang perlawanan masih gagal mencipta sebarang gerakan yang mampu mengancam pintu gol Fulham sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu Fulham menampilkan persembahan terbaiknya dengan corak bertahan penuh berdisiplin dibawah kendalian Marco Silva sekaligus menyukarkan chelsea bagi mencipta sebarang gerakan berbahaya.

Kedudukan seri 0-0 meletakkan Fulham di tangga keenam liga dan mencerahkan peluang bagi bermain di Liga Eropah musim depan.-AFP


(Aksi pertahanan Chelsea, Benoit Badiashile berebut bola ketika pertemuan menentang
Fulham/FOTO AFP)

Media Baharu