LONDON, 6 Ogos – Manchester United dilaporkan telah mengemukakan tawaran bernilai sekitar £74 juta (kira-kira RM450 juta) bagi mendapatkan penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko, lapor media Britain pada Selasa.
Penyerang antarabangsa Slovenia berusia 22 tahun itu, yang memiliki ketinggian 1.96 meter, sering dibandingkan dengan bintang Manchester City, Erling Haaland, disebabkan gaya permainan dan laluan kerjaya yang hampir serupa.
Seperti Haaland, Sesko memulakan karier Eropah bersama Red Bull Salzburg sebelum berpindah ke Bundesliga menyaksikan Haaland ke Borussia Dortmund, manakala Sesko menyertai RB Leipzig.
Selain United, Newcastle United turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Sesko sekiranya penyerang utama mereka, Alexander Isak, berpindah ke Liverpool. - REUTERS