fb fb fb fb fb

Legenda F1 Perancis, Jean-Pierre Jabouille meninggal dunia

(Jean-Pierre JabouilleĀ (TENGAH) ketika muncul juara GP Austria pada 1980 / REUTERS))

PARIS, 4 Februari- Pemandu Formula 1, Jean-Pierre Jabouille, yang memenangi Grand Prix pertama pasukan Renault pada 1970-an, telah meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Berita itu dikongsi keluarganya kepada AFP pada Khamis.

Pelumba asal Perancis itu bertanding dalam 49 perlumbaan F1 antara 1975 dan 1980, memenangi Grand Prix Perancis di laman sendiri pada 1979 dan Grand Prix Austria pada musim berikutnya.

Anak kelahiran Paris itu juga mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan 24 Jam Le Mans sebanyak empat kali.

Beliau bertindak sebagai pengarah teknikal pasukan Ligier sebelum mengetuai Peugeot Sport dan menubuhkan pasukannya sendiri, Jabouille-Bouresche Racing.

Selain dua kemenangannya, dia juga meraih enam petak pertama.

Kerjaya bintang lumba F1 itu menemui penghujungnya pada 1980 selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia patah kaki.-AFP


(Jean-Pierre JabouilleĀ semasa Kejohanan Dunia Formula 1 2019, Grand Prix

Perancis pada 20 hingga 23 Jun di Le Castellet / REUTERS)

Media Baharu