fb fb fb fb fb

Gol Ronaldo selamatkan Al Nassr

(FOTO AFP)

AL-HASA, 4 Februari- gol lewat permainan oleh Cristiano Ronaldo menyelamatkan maruah Al-Nassr ketika seri 2-2 ketika menentang Al Fateh.

Bintang Portugal yang berusia 38 tahun itu berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada minit-93 perlawannan sekaligus membawa Al-Nassr mengungguli Liga Arab Saudi dengan kelebihan satu perlawanan berbanding kelab Al Shabab.

Ronaldo berjaya memecahkan kebuntuan gol dalam penampilan ketiga buat kelab berkenaan setelah gagal menjaringkan gol dalam penampilan sebelum ini.

Menurut sumber yang rapat dengan kelab Al-Nassr,Pemenang lima kali Ballon d"or yang memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dan antarabangsa itu menuai keuntungan lebih 400 juta Euro hasil perpindahan mengejut ke kelab Arab Saudi itu.

Tambah sumber berkenaan, Jumlah tersebut turut melibatkan 200 juta Euro bagi mempromosikan Arab Saudi yang akan membida sebagai tuan rumah kepada kejohanan Piala Dunia 2030.

Ronaldo menjadi watak utama kepada kerajaan Arab Saudi bagi mempertingkatkan reputasi yang dikenali dengan rekod hak asasi yang buruk sebelum ini-AFP

 


(Aksi Cristiano Ronaldo ketika menentang Al Fateh/ FOTO AFP)

Media Baharu