fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: KBS harap kerajaan salur peruntukan tambahan

KUALA LUMPUR, 3 Februari - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap menerima suntikan dana tambahan dalam Belanjawan 2023.

Menurut Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim peruntukan itu amat penting bagi tujuan mempersiap atlet menghadapi pelbagai kejohanan dan temasya besar pada tahun ini.

“Kita minta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beri ruang yang lebih kerana kita akan berhadapan dengan kejohanan besar berturut-turut.

“Kita kena hantar atlet untuk bertanding di kejohanan luar supaya mereka memperoleh persaingan yang berkualiti serta pendedahan yang cukup. Kita cuba optimumkan peruntukan yang diberi untuk pastikan atlet ini dapat masuk ke kejohanan dengan persediaan yang cukup,“ kata beliau pada Sidang Media Pelancaran Jelajah Bola Keranjang ‘3 Lawan 3’ 2023, pada Khamis.

(Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim/FOTO BERNAMA)

Tahun ini beberapa kejohanan dan temasyar besar akan berlangsung iaitu Sukan SEA Kemboja pada Mei dan Sukan Asia Hangzhou di China September ini serta Sukan Olimpik Paris 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini.

Media Baharu