fb fb fb fb fb

AS tubuh pasukan khas Olimpik, tumpu persiapan Los Angeles 2028

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump/Foto REUTERS

WASHINGTON, 6 Ogos – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menandatangani satu perintah eksekutif pada Selasa bagi menubuhkan pasukan khas White House bertujuan menyelaras persiapan Sukan Olimpik Musim Panas 2028 di Los Angeles.

Pasukan khas itu akan terdiri daripada anggota kabinet dan agensi-agensi kerajaan, dengan peranan utama menyelaras usaha antara kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan, khususnya dalam aspek pengangkutan.

Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik itu dalam tempoh tiga tahun lagi, dengan Los Angeles dipilih sebagai tuan rumah.

Bulan lalu, penganjur Olimpik Los Angeles telah mendedahkan jadual awal acara pertandingan.

Los Angeles sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1932 dan 1984. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD