fb fb fb fb fb

Semua aksi Olimpik 'betul betul percuma" di RTMKlik

Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan kontinjen Malaysia beraksi secara percuma melalui RTMKlik https://paris2024.rtm.gov.my/utama

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Peminat sukan tanah air tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti detik-detik menarik Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Rata-rata penonton yang ditemui RTM berkata dengan enam saluran khas yang disediakan oleh RTMKlik kini mereka boleh menonton kesemua atlet beraksi secara dalam talian menggunakan telefon pintar.

Ini antara reaksi peminat sukan yang menonton perlawanan sukan badminton secara langsung menerusi platform percuma RTMKlik.

"Setakat ini untuk siaran percuma, kita boleh menyaksikan apa yang dibawakan oleh RTM dari lokasi secara langsung dengan melihat atlet Malaysia beraksi," kata Amyrul Husnie.

"Dengan RTMKlik kita dapat melihat perlawanan-perlawanan sukan ini dengan lebih senang, kita tak perlu berada di rumah, walau dimana kita berada, kita boleh mengikuti perkembangan sukan Olimpik," kata Yusri Ramli.

"Saya berasa gembiralah sebab RTM menyiarkan dan jadi penyiar rasmi untuk Olimpik dengan percuma. Semoga tahun ini tahun yang terbaik untuk para atlet yang bertanding di Olimpik dengan mendapat pingat emas lebih banyak lagi berbanding tahun sebelum ini," kata Irwan Sulaiman.

"Kami dapat menonton perkembangan semasa, isu-isu semasa tentang sukan Olimpik serta keputusan setiap pasukan Malaysia," kata Mohamad Radzi.

RTM menjadi penyiar rasmi temasya sukan berprestij Olimpik Paris selama 17 hari tanpa henti secara percuma melalui saluran TV Okey, Sukan RTM.

Seramai 26 atlet Malaysia akan bertanding dalam 10 kategori sukan yang merangkumi terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan atletik.

Ini merupakan penyertaan ke-15 bagi kontinjen Malaysia dalam temasya sukan Olimpik sejak 1964.

Sukan berprestij itu berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

GRACE AISYAH KEDAYAN