fb fb fb fb fb

RTM bakal siar 75 perlawanan secara langsung saingan Liga Malaysia

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Teka-teki peminat akhirnya terjawab apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan 75 perlawanan secara langsung bagi saingan Liga Malaysia 2023, bermula 24 Februari ini.

Bagi peminat bola sepak tanah air, berita itu memang dinantikan oleh mereka menjelang sepak mula Liga Malaysia musim ini.

"Sekarang ini kerajaan tubuhkan satu rancangan baru untuk rancangan untuk Liga Super jadi sangat berpuas hatilah sebab siaran percuma kita tidak payah bayar sangat berpuas hati," kata peminat bola tempata, Masrin Opodok.

"Satu pendekatan yang baik untuk peminat bola sepak yang mana mereka tidak perlu menanti pasukan-pasukan yang mereka minati sahaja disiarkan di televisyen bila sudah dapat 75 perlawanan peminat dapat peluang untuk menyokong dimana-mana dirumah atau distadium," kata Azman Hasan.

"Ini salah satu daripada impak menaikkan martabat bola sepak malaysia pertama, kedua anak-anak boleh berminat secara langsung untuk bolasepak. RTM itu akan dinaikkan martabat mereka sekurang-kurangnya sebelum banyak bagi pada swasta," Kata seorang lagi peminat bola Nordin Sohed.

"Jadi saya rasa ye, saya ucapakan terima kasih pada Kementerian Komunikasi Digital yang sudi mendengar keluhan rakyat yang hendak tengok bola yang tidak dapat tengok dekat stadium jadi bila ada siaran langsung ini alhamdulilah," kata Mohd Yaacob Zainal.

(RTM bakal siar 75 perlawanan secara langsung saingan Liga Malaysia)

Media Baharu