fb fb fb fb fb

Liga Super 2023: Skuad Harimau Kumbang sasar 6 teratas

(Pengerusi Ahli Lembaga Penang FC, Soon Lip Chee)

BATU KAWAN, 2 Februari- Skuad Harimau Kumbang menyasarkan kedudukan 6 teratas dalam saingan Liga Super untuk tahun ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Penang FC, Soon Lip Chee berkata, sasaran itu adalah positif memandangkan skuad ini mempunyai ramai pemain baharu yang perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan.

Menurutnya, sasaran itu juga realistik bagi memperbaiki kedudukan tercorot musim lalu.

"Memang 'target' kita selama ni yang ditetapkan oleh Ketua Menteri, dua tahun lalu iaitu musim 2021dan kita kekalkan juga top 6 kerana kita percaya kalau kita memberikan tekanan yang lebih banyak kepada mereka, mereka akan terasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jersi Penang Football Club Musim 2023.

Dalam pada itu, Lip Chee menjelaskan sekiranya anak buah Manzoor Azwira mampu menghabiskan saingan Liga Super dalam kedudukan lima terbaik, ia merupakan satu bonus buat mereka.


(Soon Lip Chee pada Majlis Pelancaran Jersi Penang Football Club Musim 2023)

Media Baharu