fb fb fb fb fb

Real Madrid sedia hadapi PSG

Pasukan Real Madrid ketika mengadakan sesi latihan di Palm Beach Gardens, Florida, Amerika Syarikat. Foto REUTERS

FLORIDA, 7 Julai –Real Madrid meneruskan sesi latihan di Palm Beach Gardens menjelang pertembungan menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab.

Pasukan kendalian Xabi Alonso itu mara selepas menewaskan Borussia Dortmund 3-2 dalam aksi suku akhir pada Sabtu lalu (5 Julai), dan kini bakal berdepan PSG dalam perlawanan yang dinanti-nantikan.

Pertemuan pertama Kylian Mbappe menentang bekas kelabnya sejak berpindah ke Bernabeu musim panas lalu.

PSG layak ke separuh akhir selepas menewaskan Bayern Munich, setelah muncul juara Liga Juara Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab pada Mei lepas, sekali gus melengkapkan treble bersejarah mereka musim ini.

Pertemuan separuh akhir antara Real Madrid dan PSG dijadual berlangsung di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, pada Rabu (9 Julai).

Pemenang akan bertemu Fluminense atau Chelsea, yang akan beraksi pada Selasa (8 Julai), dalam perlawanan akhir yang turut dijadual berlangsung di MetLife pada Ahad (13 Julai). -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI