fb fb fb fb fb

Tottenham sambar Kota Takai

Kota Takai (tengah) menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan yuran perpindahan sekitar £5 juta.

LONDON, 8 Julai –Kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, sah menandatangani pemain antarabangsa Jepun, Kota Takai dari Kawasaki Frontale, hari ini.

Menurut laporan media tempatan, pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun itu menandatangani perjanjian selama lima tahun dengan yuran perpindahan sekitar £5 juta.

Takai merupakan produk akademi remaja Kawasaki Frontale dan menjadi sebahagian daripada skuad itu ketika menentang Al-Ahli dari Arab Saudi pada perlawanan akhir Liga Juara Asia Elit pada Mei lalu.

Beliau juga telah membuat empat penampilan bersama pasukan kebangsaan Jepun.

Takai merupakan pemain pertahanan ketiga yang menyertai Spurs pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas ketibaan Luka Vuskovic dari Hajduk Split dan Kevin Danso dari RC Lens.

Tottenham menamatkan kemarau kejuaraan selama 17 tahun musim lalu apabila menjuarai Liga Europa, namun turut melalui kempen liga domestik terburuk dalam tempoh hampir 50 tahun, apabila menamatkan saingan di tangga ke-17 Liga Perdana Inggeris. -REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI