fb fb fb fb fb

RTG bakal pertimbang permintaan pemain profesional

(Lee Zii Jia (KIRI) ketika pertemuan dengan CDM Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin)

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin masih menaruh harapan sinaran pingat emas daripada sukan badminton.

Keyakinan itu disuarakan memandangkan ketika ini tiada satu negara yang menguasai acara badminton secara menyeluruh.

Atlet badminton paling ramai disenarai dalam dalam program Road To Gold (RTG), dengan 11 pemain.

Namun ketika ini tidak semua mereka mempamerkan prestasi yang memberangsangkan berdasarkan beberapa kejohanan kebelakangan ini.

"Tidak ada satu negara pun yang mendominasi badminton ketika ini, kita mempunyai pemain-pemain yang boleh lagi digilap dan saya sebagai CDM mahu memastikan satu lagi pemain ini (Zii Jia) ada masa setahun lagi untuk persediaan ke Olimpik,"katanya.

Datuk Hamidin berkata demikian sebagai reaksi mempertimbang permintaan pemain badminton profesional yang berada dalam program tersebut untuk pembiayaan bagi menyertai kejohanan antarabangsa sebagai persediaan sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata jawatankuasa program terbabit turut bakal menyelaraskan segala permintaan yang dikemukakan pemain-pemain berkenaan dalam mesyuarat jawatankuasa RTG akan datang.

Daripada 11 wakil badminton yang disenaraikan dalam program RTG, empat daripadanya bergerak secara profesional iaitu Zii Jia dan tiga beregu iaitu satu beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan dua pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.

Semalam, Datuk Hamidin mengadakan pertemuan dengan pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia di sebuah hotel di Petaling Jaya.


(Lee Zii Jia)

Media Baharu