fb fb fb fb fb

Sevilla 'Raja Liga Europa'

(FOTO AFP)

BUDAPEST, 1 Jun- Sevilla melebarkan rekod kejuaraan Liga Europa selepas menewaskan Roma 4-1 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung pada Rabu di Budapest berikutan keputusan seri 1-1 selepas masa tambahan.

Ini merupakan kejuaraan ketujuh Sevilla.

Yassine Bounou muncul wira Sevilla apabila dia menyelamatkan dua sepakan penalti manakala pasukan Sepanyol itu menyempurnakan keempat-empat percubaan mereka.

Gonzalo Montiel, yang menyempurnakan penalti kemenangan untuk Argentina pada final Piala Dunia tahun lalu, melakukannya sekali lagi untuk Sevilla selepas dia dibenarkan untuk mengambil semula sepakannya kerana berlaku pencerobohan.

Terdahulu, Paulo Dybala menjaringkan gol pembukaan untuk Roma pada minit ke-35 tetapi Sevilla menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi jaringan sendiri Gianluca Mancini.

Chris Smalling hampir menghadiahkan kemenangan buat Roma pada masa tambahan namun tandukannya sekadar menggegar palang.- AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu