fb fb fb fb fb

Sawyer Lindblad, Levi Slawson juara US Open of Surfing 2025

Atlet luncur ombak Amerika Syarikat, Sawyer Lindblad

HUNTINGTON BEACH, 4 Ogos – Atlet Amerika Syarikat, Sawyer Lindblad dan Levi Slawson muncul juara pada kejohanan US Open of Surfing 2025 yang berlangsung di Huntington Beach, acara ketigaChallenger Series, Liga Luncur Dunia (WSL).

Lindblad, 19 tahun, meraih gelaran kedua US Open of Surfing, sekali gus menyertai kelompok elit seperti Sally Fitzgibbons dan Kanoa Igarashi yang pernah memenangi kejohanan tersebut. Kemenangan itu menyusul kejayaan musim 2023 yang menyaksikan beliau layak ke Jelajah Kejohanan (CT) serta dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik.

Slawson pula menewaskan peluncur Brazil, Mateus Herdy dalam saingan akhir yang sengit, menambah satu lagi gelaran ke dalam senarai pencapaiannya selain melonjak ke kedudukan keempat ranking Siri Pencabar.

Pertandingan kali ini menyaksikan ombak setinggi tiga hingga enam kaki yang mencabar para peserta dengan persembahan bertenaga, termasuk peluncur Perancis, Tya Zebrowski yang menamatkan saingan di tempat kedua kategori wanita dan kini mengetuai ranking Challenger Series.

Sementara itu, Herdy yang menduduki tempat kedua kategori lelaki naik ke kedudukan kedua ranking sekali gus mengukuhkan peluang kelayakan ke CT.

Lindblad yang sudah mengesahkan tempat ke CT 2026, dan Slawson yang memburu slot pertama ke kejohanan tersebut, kini berhasrat memanfaatkan momentum kemenangan ini dalam siri saingan seterusnya.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE