fb fb fb fb fb

Brentford FC ikat Mark Flekken, kontrak £11 juta

(Foto Brentford FC)

LONDON, 31 Mei- Penjaga gol Belanda, Mark Flekken telah menandatangani kontrak bernilai £11 juta (AS$13 juta) dengan Brentford FC pada Rabu.

Flekken bersetuju dengan kontrak empat tahun dengan kelab Liga Perdana itu dan akan melengkapkan perpindahan tertakluk kepada kelulusan antarabangsa serta permit kerja diberikan.

Pengurus Brentford FC, Thomas Frank berkata pemain berusia 29 tahun itu berpotensi menggantikan penjaga gol Brentford, David Raya yang bakal berpindah ke kelab lain.

"Kami sangat gembira kerana akan bekerjasama dengan Flekken.

"Flekken mempunyai banyak pengalaman, sekali gus akan mengukuhkan kelab kami.

"Kami berharap dengan kehadiran Flekken, kelab dan pasukan kami semakin baik, katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Frank berkata Raya boleh meninggalkan Brentford FC selepas mencapai kejayaan selama empat musim.

Tetapi Frank memberi amaran kepada kelab bahawa ia akan menelan belanja £40 juta untuk menandatangani  kontrak  dengan pemain berusia 27 tahun itu. - AFP


(Foto Brentford FC)

Media Baharu