fb fb fb fb fb

Lima dipenjara, siar EPL secara haram

(FOTO HIASAN)

LONDON, 31 Mei- Sekumpulan lima lelaki di United Kingdom dihukum penjara kerana menyiarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) secara haram.

Kumpulan berkenaan dihukum penjara antara tiga hingga 11 tahun selepas Liga Perdana Inggeris mendedahkan kes yang dikatakan "pendakwaan terbesar di dunia ke atas rangkaian siaran haram".

Tertuduh, berusia antara 30 hingga 46 tahun, mengaut lebih daripada 7 juta pound (RM40 juta) dengan menjual langganan kepada tiga platform haram yang membuat penstriman kepada lebih 50,000 pelanggan dan ejen jualan semula.

Organisasi itu menawarkan capaian haram bagi menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris, ratusan saluran dari seluruh dunia dan puluhan ribu filem terkini serta rancangan TV," kata Liga Perdana Inggeris.

Ketua kumpulan berkenaan, Mark Gould, 36, dihukum penjara 11 tahun di Chesterfield Justice Centre, England.

Empat lagi menerima hukuman dari tiga ke lima tahun.

Liga Perdana Inggeris adalah liga bola sepak paling bernilai di dunia, dengan hak penyiaran di United Kingdom sahaja bernilai 5 bilion pound (RM28.59 bilion) untuk musim 2022 hingga 2025. - AFP


(Ketika Manchester City menjulang trofi, lima lelaki sedang menunggu hukuman kerana
menstrim perlawanan EPL secara haram/ REUTERS)

Media Baharu