BUENOS AIRES, 6 Oktober - Rosario Central bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan River Plate 2-1 dalam aksi Liga Primera Argentina, awal pagi tadi.
Dalam perlawanan di Stadium Gigante de Arroyito, River Plate membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyerang Colombia, Miguel Borja, sebelum Franco Ibarra menyamakan kedudukan pada minit ke-21 dan Ignacio Malcorra memastikan kemenangan Central pada minit ke-57.
River beraksi dengan 10 pemain selepas Juan Portillo dilayangkan kad merah pada minit ke-39 akibat dua kekasaran terhadap Ángel Di Maria.
Kemenangan itu menyaksikan kedua-dua pasukan kini berkongsi 18 mata dalam Kumpulan B, empat mata di belakang pendahulu Deportivo Riestra, tiga di belakang Vélez Sarsfield, dan satu di belakang Lanús.-REUTERS
