fb fb fb fb fb

Ronaldo terima sambutan hangat di Al Nassr

(FOTO AFP)

RIYADH, 4 Januari-Cristiano Ranaldo menyifatkan dirinya sebagai 'pemain unik' dan menganggap kariernya masih belum berakhir ketika dia menerima sambutan hangat di kelab baharunya semalam.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu berkata dia kini mendambakan cabaran baharu bersama Al Nassr.

Ronaldo menerima sambutan meriah dalam majlis memperkenalkan pemain di stadium kelab itu, Mrsool Park.

Disambut dengan percikan bunga api dan laungan penyokong, pemenang lima kali Ballon d'Or dan lima kejuaraan Liga Juara Eropah, Ronaldo menganggap kehadirannya di Arab Saudi bukan pengakhiran buat kariernya.

"Karier saya di Eropah sudah selesai. Saya mendapat banyak tawaran di sana (Eropah), Brazil, Australia dan juga di Portugal. tetapi saya mengotakan janji untuk bermain di kelab ini", ujarnya.

Stadium yang berkapasiti 25,000 gegak-gempita dengan kehadiran Ronaldo memasuki padang dengan memakai jersi rasmi Al-Nassrr berwarna biru dan kuning.

Teman wanitanya, Georgina Rodriguez dilihat mengenakan pakaian tradisi, abaya hitam yang menutupi seluruh tubuhnya mengikutinya dibelakang bersama anak-anak kedua-dua pasangan itu.

"Saya pemain yang unik. Perkara terbaik adalah datang ke sini. Saya telah memecahkan semua rekod di Eropah dan saya ingin memecahkan lagi beberapa rekod disini", kata Ronaldo lagi.

"Saya datang untuk memenangi kejuaraan dan menikmatinya juga menjadi sebahagian daripada kejayaan pasukan", tambahnya lagi.

Sebelum ini Ronaldo dilaporkan menyertai Al Nassr seminggu selepas tiba daripada Manchester United susulan temuramahnya dengan salah sebuah stesen televisyen yang mengkritik pengurus Erik ten Hag dan pengurusan kelab.-AFP


(Cristiano Ronaldo bersama keluarga ketika diperkenalkan di Stadium Mrsool Park
semalam/ AFP)

Media Baharu