LONDON, 4 Januari-Cody Gakpo bakal membuat penampilan pertamanya buat Liverpool dalam pertandingan Piala FA sabtu ini selepas perpindahannya dimuktamadkan pada selasa.
Liverpool menandatangani Gakpo daripada PSV Eindhoven pada 28 Disember lalu, namun perpindahan bernilai $40 juta Pound Sterling itu mengambil masa untuk diselesaikan.
"Cody Gakpo secara rasminya menjadi pemain Liverpool selepas urusan perpindahan dari PSV Eindhoven diselesaikan pada selasa", menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi kelab itu.
Gakpo yang menyinar ketika Piala Dunia di Qatar menjaringkan tiga gol buat pasukan Belanda dalam peringkat kumpulan dan membantu pasukan itu layak ke suku akhir sebelum tewas kepada Argentina pada penentuan penalti.
Prestasi memberangsangkan itu menarik minat Liverpool menyambar penyerang itu yang turut mendapat perhatian daripada seteru utama, Manchester United.
Kehadiran Gakpo tepat pada masanya ketika kelab bimbingan Jurgen Klopp itu terperosok di tangga keenam liga dan kekalahan mengejut kepada Brenford 3-1 isnin lalu-AFP
(Pemain Liverpool, Cody Gakpo menyaksikan perlawanan di stadium/FOTO AFP)