fb fb fb fb fb

Badminton: Ng Tze Yong sasar perbaiki ranking dunia dalam saingan musim 2023

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 4 Disember-Pemain perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong berazam bagi meningkatkan prestasi sekali gus meletakkan sasaran berada di ranking dunia yang lebih tinggi pada tahun ini.

Meskipun telah berada dalam kelompok 30 terbaik dunia, namun pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, enggan berpuas hati.

Bagi Tze Yong, Kejohanan Terbuka Malaysia 2023, yang menjadi pembuka tirai siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), merupakan platform terbaik mendapat pendedahan bersaing dengan kelompok elit dunia.

Pemain di ranking ke-27 dunia itu tidak meletak sebarang sasaran, namun bertekad untuk mara lebih jauh dalam saingan yang akan berlangsung pada 10 hingga 15 Januari ini.

Ia juga akan menjadi penampilan pertama Tze Yong dalam kejohanan bertaraf Super One Thousand dan dijadual menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen pada perlawanan pembukaan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selain Tze Yong, Terbuka Malaysia itu turut menampilkan seorang lagi wakil acara perseorangan lelaki iaitu pemain profesional, Lee Zii Jia.

Zii Jia, yang merupakan pilihan kedua kejohanan, akan menentang pemain meningkat naik dari Jepun, Kodai Naraoka, pada perlawanan pembukaan 10 Januari ini.


(Pemain perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong / FOTO RTM)

Media Baharu