fb fb fb fb fb

Ronaldo lepasi rekod 500 gol liga

(Cristiano Ronaldo/AFP)

RIYADH, 10 Februari- Cristiano Ronaldo meledak gol ke-500 peringkat kelab dalam saingan Liga Pro Saudi di Stadium Raja Abdulaziz di Makkah pada Khamis.

Bintang Portugal berusia 38 tahun itu kini mempunyai 503 gol selepas menjaringkan mata kemenangan 4-0 ke atas tuan rumah Al-Wehda.

Ronaldo telah menjaringkan gol terbabit untuk lima kelab dalam lima liga yang berbeza sebelum ini.

Dia menjaringkan 103 gol untuk Manchester United, 311 gol untuk Real Madrid, 81 gol untuk Juventus, tiga gol untuk Sporting Lisbon dan kini mempunyai lima gol untuk Al-Nassr.

Untuk rekod, pemenang Ballon D'Or lima kali itu menandatangani perjanjian dua tahun setengah dengan Al-Nassr pada Disember, dilaporkan bernilai lebih 200 juta euro dan dilantik sebagai kapten pasukan.

Al-Nassr mendahului kedudukan selepas 16 perlawanan, sama dengan 37 mata dengan Al-Shabab di tempat kedua. -AFP

(Cristiano Ronaldo/AFP)

 

Media Baharu