(Bola yang bakal digunakan pada NBL 2023)
SHAH ALAM, 10 Februari- Liga Besbol Kebangsaan (NBL) anjuran Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) bakal menggunakan kualiti bola yang diguna pakai ketika Olimpik Tokyo 2022.
Ini kerana BFM mendapat kerjasama erat dengan syarikat dari Korea Selatan, Skyline Sports Inc bakal menaja bola besbol dan penajaan strategik selama 10 tahun.
Skyline Sport Inc merupakan syarikat bola besbol gergasi yang menaja kualiti bola terbaik ketika temasya Olimpik Tokyo.
Menurut Pengarahnya, Je Hoon Lah berkata Skyline Sport Inc juga akan memberikan bantuan teknikal dan rangkaian kerjasama dalam meningkatkan mutu sukan besbol di Malaysia.
Ia julung kalinya penajaan pertama syarikat gergasi dari Korea Selatan itu di Malaysia khususnya dalam liga besbol tempatan.
Presiden BFM, Sazali Husain menyifatkan ia merupakan peluang terbesar kepada pemain-pemain besbol tempatan untuk merasai sendiri bola berkualiti tinggi setaraf kejohanan antarabangsa.
Pagi tadi berlangsung Majlis Menandatangani Persefahaman MOU antara BFM dan Skyline Sports INC di Denai Alam, Selangor.
Bola berkenaan akan menampilkan logo BFM dan juga logo liga iaitu NBL 2023 selain ianya akan digunakan skuad negara ketika sesi latihan.
(Majlis Menandatangani Persefahaman MOU antara BFM
dan Skyline Sports INC di Denai Alam, Selangor)