KUALA LUMPUR, 10 Februari- Kelantan United FC (KUFC) dilaporkan telah melengkapkan kuota lima pemain import dengan mendapatkan khidmat penyerang dari Brazil, Devid De Santana Silva.
Pemain tersebut menandatangani kontrak selama semusim.
Kenyataan Ketua Pegawai Operasi, Wan Mohd Zul Ikman berkata, Devid mempunyai pengalaman bermain di Liga Brazil, Portugal dan Albania dengan membuat 30 penampilan dan menjaringkan 10 gol.
Devid juga pernah diturunkan dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah serta kelayakan Piala Europa.
Berdasarkan rekod, Devid pernah beraksi bersama kelab Avai (dari Brazil) pada 2018 hingga 2020; kelab Albania, KS Kastrioti pada 2020 dan 2021; serta SC Covilha (dari Portugal) pada musim lalu.
Sebelum ini, KUFC mendapatkan khidmat empat pemain import iaitu Jose Elmer dari Filipina, Ernist Batyrknov (Kyrgyzstan), Yan Victor (Brazil) dan Morgaro Gomis (Senegal).
(Devid De Santana Silva/foto KUFV)