HONG KONG, 20 Ogos - Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan ribuan peminat yang membanjiri Stadium Hong Kong pada Selasa ketika aksi separuh akhir Piala Super Saudi antara Al-Nassr dan Al-Ittihad berlangsung.
Walaupun perlawanan itu menyaksikan deretan bintang dunia beraksi, perhatian utama tertumpu kepada pemenang Ballon d'Or lima kali itu.
“Saya begitu teruja kerana akhirnya dapat melihat pemain terbaik, pemain yang semua orang nantikan: Cristiano Ronaldo,” kata Adio Ula, 14 tahun.
Dalam perlawanan itu, Sadio Mane menjadi pemain ketiga Al-Nassr dalam sejarah Piala Super Saudi yang dilayangkan kad merah.
Namun, jaringan awal beliau dan gol separuh masa kedua daripada pemain baharu, Joao Felix, memastikan kemenangan 2–1 ke atas Al-Ittihad.
Sorakan peminat selepas perlawanan jelas menunjukkan keterujaan mereka terhadap Ronaldo, yang dijadual kembali beraksi pada final Sabtu ini. -REUTERS