fb fb fb fb fb

Romero ikat kontrak jangka panjang bersama Spurs

Ketua Pasukan Tottenham Hotspur, Cristian Romero / REUTERS

LONDON, 19 Ogos – Tottenham Hotspur mengesahkan kapten pasukan, Cristian Romero, menandatangani kontrak jangka panjang baharu bersama kelab itu.

Pertahanan Argentina berusia 26 tahun itu pada mulanya dipinjamkan daripada Atalanta pada Ogos 2021 sebelum diserap secara tetap setahun kemudian.

Sejak itu, Romero telah membuat 126 penampilan bersama Spurs dan meledak lapan gol.

Romero turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika final Liga Europa, selepas membantu Tottenham menewaskan Manchester United untuk merangkul trofi serta memastikan slot ke Liga Juara-Juara.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE