RIO DE JANEIRO, 19 Ogos – Bintang Brazil, Neymar, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kelab lamanya, Santos, selepas mengalami kekalahan memalukan 0-6 di laman sendiri kepada Vasco da Gama, yang turut membawa kepada pemecatan jurulatih, Cleber Xavier.
Penyerang berusia 33 tahun itu, yang pernah beraksi bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain sebelum kembali menyertai Santos pada Januari lalu selepas berkelana bersama Al-Hilal di Arab Saudi, turut bersimpati dengan rungutan penyokong terhadap prestasi hambar pasukan.
Xavier, 61 tahun, yang mengambil alih Santos pada April selepas berkhidmat sebagai penolong jurulatih di kelab seperti Palmeiras dan Flamengo, meninggalkan pasukan yang kini berada di tangga ke-15 liga, mengumpul 21 mata daripada 19 perlawanan.
Pemergian Xavier menandakan satu lagi episod bergelora buat Santos, yang baru kembali ke saingan utama Brazil musim ini, setahun selepas beraksi di Serie B dan mengalami penyingkiran pertama dalam sejarah kelab.-REUTERS