fb fb fb fb fb

Argentina sedia tempur Venezuela, Ecuador : Messi pimpin skuad 31 pemain

Ketua Pasukan Argentina, Lionel Messi / REUTERS

BUENOS AIRES, 18 Ogos – Pasukan Argentina memperkenalkan skuad 31 pemain dengan gabungan muka lama dan baharu untuk kelayakan Piala Dunia 2026, diketuai kapten Lionel Messi.

Selain Messi, skuad Albiceleste kali ini turut dibarisi beberapa bakat muda termasuk penyerang Manchester City, Claudio Echeverri, pemain tengah Porto, Alan Varela serta bintang remaja terbaharu Real Madrid, Franco Mastantuono.

Jurulatih Lionel Scaloni turut memanggil penyerang Palmeiras dari Brazil, Jose Manuel Lopez.

Argentina akan menentang Venezuela di Stadium Monumental, Buenos Aires pada 4 September, sebelum berkunjung ke Guayaquil menentang Ecuador lima hari kemudian.

Skuad juara dunia itu telahpun mengesahkan slot ke Piala Dunia dengan mengungguli saingan kelayakan, mengumpul 35 mata – 10 mata di hadapan Ecuador di tangga kedua dan Brazil di tempat ketiga.

Senarai Pemain Argentina:

Penjaga Gol: Emiliano Martinez, Walter Benitez, Geronimo Rulli

Pertahanan: Cristian Romero, Nicolas Otamendi, Nahuel Molina, Gonzalo Montiel, Leonardo Balerdi, Juan Foyth, Nicolas Tagliafico, Marcos Acuna, Julio Soler, Facundo Medina

Pemain Tengah: Alexis Mac Allister, Exequiel Palacios, Alan Varela, Leandro Paredes, Thiago Almada, Nicolas Paz, Rodrigo De Paul, Giovani Lo Celso, Valentin Carboni

Penyerang: Claudio Echeverri, Franco Mastantuono, Giuliano Simeone, Angel Correa, Julián Alvarez, Nicolas Gonzalez, Lionel Messi, Lautaro Martinez, Jose Manuel Lopez

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE