fb fb fb fb fb

Romain Faivre kini milik Bournemouth

FOTO AFP

LONDON, 14 Julai- Pemain tengah Perancis, Romain Faivre sah menjadi milik Bournemouth A.F.C..

Faivre sebelum ini bermain untuk kelab Ligue 1, Olympique Lyonnais sejak Januari 2022 dan kontraknya tamat pada tahun 2026.

Menurut kelab Perancis itu, Faivre dipindahkan dengan harga €15 juta euro ($16.83 juta), yang mana 10% daripada keuntungan modal boleh ditambah sekiranya berlaku penjualan masa depan pemain itu.

"Pemain berusia 24 tahun itu telah menandatangani perjanjian jangka panjang, namun akan kekal dalam liga utama Perancis pada musim 2023-24 secara pinjaman di Lorient," kata Bournemouth menerusi sebuah kenyataan.

Faivre, yang berusia 25 tahun hari ini telah bermain bersama lima kelab berbeza sejak awal karier bola sepaknya pada 2018.

Antara kelabnya adalah AS Monaco, Brest dan Lorient.- REUTERS


(Foto FB Bournemouth A.F.C)

Media Baharu